Isnin, 5 November 2018

Penutupan Audit Dalaman Siri 2

Mesyuarat Penutupan EKSA DOSM Wilayah Persekutuan ini telah dilakukan pada 30 Oktober yang lalu dengan dipengerusikan oleh Puan Halina bt Abdul Hamid selaku Ketua Jawatankuasa EKSA DOSM Wilayah Persekutuan.

Mesyuarat ini bertujuan membentangkan hasil penemuan dari Audit Dalaman yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Audit.




Isnin, 24 September 2018

Gotong-royong EKSA Jabatan Perangkaan Malaysia Siri 2/2018

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti gotong-royong yang dirancangkan sebelum ini. Program gotong-royong ini telah dijalankan pada 21 September 2018 yang lepas di setiap zon masing-masing.

Berikut adalah gambar-gambar disebalik tabir aktiviti gotong-royong EKSA Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan.

Semoga usaha dan nilai murni ini dapat diteruskan bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif di Jabatan Perangkaan Malaysia.

Aktivit sisih di seksyen masing-masing

Aktiviti Sisih dan Susun Borang-borang Survei Jabatan Perangkaan

Aktiviti Sisih dan Susun Borang-borang Survei Jabatan Perangkaan

Aktiviti Sisih dan Susun Borang-borang Jabatan Perangkaan

Kertas serta Kotak yang diasingkan untuk dikitar semula

Semakan rekod fail EKSA yang telah didokumenkan

Isnin, 17 September 2018

Gotong-royong EKSA DOSM Wilayah Persekutuan

Untuk makluman Warga DOSM Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa EKSA akan melaksanakan Gotong-royong EKSA pada ketetapan seperti poster dibawah. 

Diharapkan seluruh Warga DOSM Wilayah Persekutuan dapat melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong yang dianjurkan ini.

Semoga dengan penglibatan dan kerjasama semua dapat menjayakan lagi program yang dianjurkan ini.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai.


Khamis, 16 Ogos 2018

5 Minit Sebelum Pulang

Amalan 5 minit ini mungkin nampak kecil dari pandangan sesetengah daripada kita, tetapi besar impaknya jika kita menjadikannya satu amalan yang berterusan.

Lakukannya 5 perkara ini dalam tempoh 5 minit sebelum kita pulang ke rumah dan lihatlah hasilnya selepas sebulan. Seluruh persekitan kerja kita akan kelihatan lebih kemas dan teratur pada masa-masa akan datang.

Anda mampu lakukannya.


Khamis, 28 Jun 2018

HARI EKSA DOSM Wilayah Persekutuan

DOSM Wilayah Persekutuan telah mengisytiharkan bahawa Hari Jumaat setiap minggu adalah Hari EKSA Jabatan

Oleh itu, semua Warga DOSM Wilayah  Persekutuan disarankan untuk melakukan kerja-kerja sisih, susun, sapu, dan seragam pada hari-hari yang telah ditetapkan.

Sama-samalah kita jayakannya dan mewujudkan suasana kerja yang kondusif agar dapat menghasilkan out yang berkualiti.

Minggu ini iaitu pada 29 Jun 2018, DOSM Wilayah Persekutuan akan mengadakan Hari EKSA Jabatan dan diharapkan semua Warga DOSM dapat melibatkan diri didalam aktiviti yang dijalankan ini.

Mohon semua Warga Jabatan mengikut arahan dan perancangan yang telah ditetapkan oleh ketua zon masing-masing.


Rabu, 13 Jun 2018

Amalan EKSA Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan

Amalan ini bagu bagi setiap Warga Jabatan bagi memastikan ruang kerja kita sentiasa berada dalam keadaan kondusif, selesa, bersih, dan kemas.

Mulakanlah ditempat dan dari diri sendiri.

Anda mampu lakukannya.

Add caption

Isnin, 11 Jun 2018

Taklimat Kesedaran EKSA Siri 1

Alhamdulillah, Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan telah selesai melaksanakan Sesi Taklimat Kesedaran Pelaksanaan dan Pembudayaan EKSA di Jabatan pada 8 Jun 2018 yang lalu.

Taklimat ini telah disampaikan oleh fasilitator EKSA Jabatan yang telah dilantik iaitu Tuan Haki Abu Bakar bin Mansor dan peserta yang terlibat didalam sesi ini adalah seramai 65 orang wakil dari jawatankuasa setiap Zon. 

Taklimat ini telah dilaksanakan selama 2 jam dangan merangkumi penerangan tentang garis panduan pelaksanaan EKSA dan isu-isu permasalahan yang dihadapi oleh setiap ahli yang terlibat.

Diharapkan taklimat yang disampaikan ini dapat memberi penerangan dan kesedaran kepada seluruh Warga Jabatan Perangkaan bagaimana cara untuk melaksanakannya dan kepentingan amalan EKSA di dalam setiap organisasi tersebut.

Taklimat disampaikan oleh fasilitator

Peserta dari Warga DOSM Wilayah Persekutuan

Sesi Soal dan Jawab dari peserta yang terlibat