PENGENALAN

TUJUAN

a. Memaklumkan penjenamaan semula Amalan 5S kepada EKSA kepada warga JPWP;

b. Memberi penerangan dan pemahaman berhubung Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti EKSA kepada warga JPWP;

c. Memastikan keseragaman pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti di JPWP; dan

d. Menerangkan kaedah pelaksanaan audit dalaman EKSA kepada warga JPWP.

LATAR BELAKANG

a. Penjenamaan semula itu penting bagi membolehkan agensi kerajaan meningkatkan imej korporat, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green dan menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi di kalangan penjawat awam.

b. Ini bermakna Amalan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal yang telah dipraktiskan oleh warga Jpwp masih kekal. Cuma, terdapat penambahan ke atas Amalan 5S sedia ada selari dengan penjenamaan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

c. Penambahbaikan Amalan 5S dalam EKSA adalah dengan mewujudkan amalan persekitaran yang berkualiti dengan penekanan ke atas aspek keselamatan, melambangkan imej korporat Jabatan, pembudayaan Go Green dan aktiviti kreativiti dan inovasi.

d. Jumlah keseluruh perjawatan JPWP adalah 196 orang. Butiran terperinci adalah seperti berikut :

    i.   JPKL             : 177 orang
    ii.  PO Putrajaya : 7 orang
    iii. PO Labuan    : 12 orang

e. Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk mengg antikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong persekitaran kerja yang kondusif.

ZON EKSA JPWP

Zon EKSA JPWP terbahagi kepada 6 Zon Utama seperti berikut :
  1. Zon Daik (JPWPKL)
  2. Zon Kalimanjaro (JPWPKL)
  3. Zon Fujiyama (JPWPKL)
  4. Zon Chimborazo (JPWPKL)
  5. Zon Lebah (PO Putrajaya)
  6. Zon Kinabalu (PO Labuan)

CARTA ORGANISASI



MOTO & OBJEKTIF






Carta Perbatuan EKSA JPWP



Tiada ulasan:

Catat Ulasan