Rabu, 15 Mac 2017

Apa itu EKSA?



EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor AWAM adalah penjenamaan semula Pelaksanaan Amalan 5S kepada EKSA untuk memenuhi keperluan sektor awam.

Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti, secara sistematik dan praktikal.

EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai ditambah kepada imej korporat Jabatan secara keseluruhan.

Selaras dengan usaha pembudayaan dan pengekalan persekitaran berkualiti dan kondusif jabatan melaksanakan aktiviti seperti SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL dengan pelaksanaan aktiviti gotong royong secara berkala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan