AUDIT


  SPESIFIKASI AUDIT EKSA JPWP

KOMPONEN A : KEPERLUAN UTAMA PELAKSANAAN

A1) Dasar / Polisi EKSA

1. Menyediakan Garis Panduan selaras dengan Dasar EKSA agensi.
2. Menyebar Dasar dan Garis Panduan EKSA serta memastikan semua warga kerja
    memahaminya.
3. Memastikan Amalan EKSA diamal dan dipatuhi oleh semua warga agensi.
4. Memastikan dokumentasi berkaitan pelaksanaan EKSA termasuk perkara berikut
    disusun dengan teratur dan sentiasa dikemaskini:
    i. Minit mesyuarat
    ii. Surat lantikan Jawatankuasa
    iii. Laporan aktiviti Jawatankuasa
5. Mewujudkan keseragaman pelaksanaan EKSA seperti ketetapan agensi/garis
    panduan yang dibangunkan oleh agensi.
6.a) Menyedia dan memaparkan SUDUT EKSA di tempat yang strategik (secara
       maya atau fizikal) dan mengandungi perkara-perkara berikut:
       i.    Carta Organisasi Amalan EKSA
       ii.   Dasar / Polisi EKSA agensi
       iii.  CPegawai Bertanggungjawab
       iv.  Gambar aktiviti SEBELUM & SELEPAS
       v.   Pelan lantai
       vi.  Carta Perbatuan semasa (Induk & Zon)
       vii. Informasi/ hebahan
       viii.Tarikh kemaskini sudut EKSA
6.b) Memastikan maklumat dan bahan yang dipaparkan sentiasa dikemaskini dan
       dalam keadaan baik.

A2) Jawatankuasa Pelaksana EKSA


7.a) Membentuk dan melantik Jawatankuasa Pelaksana Ekosistem EKSA yang
       terdiri sekurang-kurangnya 3 Jawatankuasa seperti berikut:
       i.    JK Latihan
       ii.   JK Promosi
       iii.  JK Audit
7.b) Melantik fasilitator terlatih sebagai pakar rujuk pelaksanaan Ekosistem EKSA.
8.    Merancang dan melaksana program/aktiviti Ekosistem EKSA secara berkala
       seperti berikut:
       i.   Menyedia dan mengemaskini carta perbatuan aktiviti.
       ii.  Menyebar maklumat latihan, promosi dan audit
       iii. Melaksana program pengayaan ilmu

A3) Penglibatan Pengurusan Atasan


9.   Melibatkan pengurusan atasan sebagai penaung/penasihat Ekosistem EKSA.
10. Melibatkan pengurusan atasan dalam aktiviti EKSA seperti program
      kesedaran/pendedahan dan lawatan.
11. Membentang dan melaporkan pelaksanaan aktiviti EKSA dalam mesyuarat
      pengurusan.

A4) Penilaian Kendiri (Self Assessment)

12. Melaksana audit pematuhan/ audit dalam secara berterusan sama ada oleh
      jawatankuasa dalaman atau agensi luar/lain sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
13. Menyebarkan hasil/ laporan Audit Dalam untuk makluman dan tindakan
      susulan warga agensi.
14. Mengemukakan laporan Penilaian Kendiri kepada MAMPU selepas setahun
      menerima pensijilan (hanya untuk pensijilan semula).

A5) Pengiktirafan


15. Melaksanakan program pengiktirafan Ekosistem EKSA di peringkat agensi
      seperti contoh-contoh anugerah berikut:
      i.    Zon Terbaik
      ii.   Bilik Terbaik
      iii.  Bahagian Terbaik
      iv.  Workstation Terbaik
      v.   Tandas Terbaik
      vi.  Hasil kreativiti terbaik
      vii. Anugerah Go Green terbaik
16. Menerima pengiktirafan dan ditandaaras sama ada di peringkat jabatan,
      daerah, negeri, kebangsaan atau lain-lain.
17. Menyebar dan mempamerkan maklumat mengenai program pengiktirafan
      kepada semua warga agensi.

A6) Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi

18. Melaksanakan inovasi/Best Practice yang boleh meningkatkan produktiviti
      dan kualiti kerja warga.
19. Melaksanakan program kreativiti dan inovasi seperti contoh-contoh berikut:
      i.   Kreativiti mengguna barangan terpakai.
      ii.  Barang terpakai untuk hiasan
      iii. Hiasan/ kegunaan EKSA

A7) Tindakan Penjimatan / Go Green

20.a) Melaksanakan program penjimatan tenaga/sumber secara menyeluruh
         seperti contoh-contoh berikut:
         i.   Notis/ arahan penjimatan tenaga.
         ii.  Penggunaan lampu/ peralatan save energy.
         iii. Penetapan suhu optimum.
         iv. Penjimatan kertas.
         v.  Penjimatan air.
         vi. Kempen hijau.
20.b) Melaksanakan program kitar semula peringkat agensi.
20.c) Menyediakan analisis penjimatan, sebagai contoh:
         i.   Kos
         ii.  Masa
         iii. Tenaga Pekerja
         iv. Ruang

KOMPONEN B : RUANG TEMPAT KERJA / PEJABAT

FIZIKAL

B1) Lantai

1. Memastikan lantai memenuhi kriteria berikut:
    i.  Selamat dan tidak licin
    ii. Tiada kekotoran/ sampah di lantai
    iii.Tidak berlubang/pecah atau rosak
    iv. Tong sampah disediakan
2. Menyedia program pemantauan dan memastikan jadual pembersihan dipatuhi.

B2) Dinding dan Siling
3. Memastikan dinding dan siling bersih dari kekotoran dan dalam keadaan baik.
4. Menyediakan hiasan yang bersesuaian dan selaras dengan imej korporat.

B3) Lampu Dan Soket

5. Memastikan semua lampu bersih, berfungsi dan dalam keadaan baik.
6. Memastikan soket elektrik berfungsi dan dalam keadaan baik.

KEPERLUAN UMUM

B4) Susun Atur Peralatan


7. Menyeragamkan susunan laci meja/ mobile pedestal.
8. Memastikan peralatan kerja di ruang kerja/partition dalam keadaan teratur dan kemas:
    i.  CPU
    ii. Tray IN/ OUT
    iii. Folder/ fail
    iv. Perhiasan tidak keterlaluan
    v.  Kedudukan laci

B5) Keadaan Peralatan

9.   Menyusun alat tulis dengan kemas dan teratur di atas meja/ tray dalam laci.
10. Memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
11. Memastikan tanda/label bersesuaian bagi barang yang disimpan dalam ruang tertentu
      / laci.
12. Memastikan semua peralatan bebas daripada debu, bersih dan kemas.
13. Mempamerkan tatacara penggunaan untuk peralatan gunasama. (yang bersesuaian)
14. Mempamerkan arahan/notis bagi memastikan peralatan disusun kemas.

B6) Pelabelan dan Papan Tanda/Tanda Arah


15. Menyediakan tanda nama pegawai/kakitangan pada bilik atau kubikel yang seragam.
16. Menyediakan label yang bersesuaian dan seragam bagi menunjukkan seksyen/unit.
17. Menggunakan papan tanda/tanda arah dengan tulisan yang sesuai, jelas dan mudah
      dibaca.
18. Meletakkan papan tanda/tanda arah di kedudukan strategik dan mudah dilihat.

B7) Perhiasan

19. Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat.
20. Memastikan perhiasan yang digunakan tidak berdebu dan dalam keadaan baik.

B8) Keperluan Umum

21. Menyedia dan memaparkan pelan lantai di bilik/ruang gunasama yang mudah dilihat.
22. Menyedia dan memaparkan pelan lampu di bilik/ruang gunasama yang mudah dilihat
      (sekiranya melebihi 2 suis).
23. Memaparkan senarai inventori (KEW-PA 7) di semua bilik/ruang.
24. Melantik Pegawai Bertanggungjawab (PIC) bagi setiap ruang/bilik gunasama berserta
      nombor telefon  untuk dihubungi.
25 Menyedia dan memaparkan etika/tatacara penggunaan bilik gunasama dengan jelas.
26 Merencanakan inisiatif/ tindakan proaktif pembaikan sekiranya berlaku kerosakan
     dengan segera (jika ada).

RUANG KERJA

B9) Meja Kerja Warga/Work Station/Kubikel Kerja

27. Memastikan meja kerja kemas dan peralatan disusun dengan baik.
28. Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat.

B10) Bilik Pegawai

29. Memastikan meja kerja kemas dan peralatan disusun dengan baik.
30. Memastikan susunan perabot kemas.
31. Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat.

B11) Stor Peralatan Pejabat

32. Memastikan stor memenuhi kriteria berikut:
      i. Bersih;
      ii. Tidak berdebu;
      iii. Susunan kemas dan teratur
33. Menyediakan sistem rekod inventori yang jelas dan teratur bagi memudahkan
      capaian barangan dengan cepat dan pantas.
34. Menyediakan label pada setiap barang/bahan.
35. Menyediakan etika penggunaan dan peraturan pengambilan barangan dari
      stor untuk dipatuhi warga kerja.
36. Menyediakan kad inventori stok dengan maklumat yang sentiasa dikemaskini.
37. Memastikan tiada bahan/peralatan yang tidak diperlukan turut disimpan di
      dalam stor.
38. Menyediakan penanda aras minima barang dalam stor.

B12) Bilik Fail

39. Memastikan bilik fail memenuhi kriteria berikut:
      i.   Bersih
      ii.  Tidak berdebu
      iii. Tersusun
      iv.  Kemas
40. Memastikan peralatan, kabinet dan rak berada dalam keadaan teratur, baik
      dan kemas
41. Memastikan fail disusun kemas dengan teknik susunan yang berkesan bagi
      memudahkan carian/ capaian dalam tempoh 30 saat.
42. Menyediakan senarai indeks dan nombor fail.
43. Menyediakan label yang jelas dan mudah dilihat pada setiap fail/dokumen
      yang mengandungi:
      i. Tajuk fail
      ii. Nombor susunan fail
44. Menyediakan sistem kawalan dan pergerakan fail untuk semua kategori fail
      aktif / fail tidak aktif / fail  tutup.

B13) Sudut/Bilik Cetak/Dokumentasi

45. Memastikan sudut/ bilik cetak/dokumentasi memenuhi kriteria berikut:
      i.   Bersih
      ii.  Tidak berdebu
      iii. Tersusun
      iv. Kemas
      v.  Selamat
46. Memastikan peralatan, kabinet dan rak berada dalam keadaan teratur, baik
      dan kemas

B14) Bilik Pemandu


47. Memastikan meja kerja kemas, bersih dan peralatan disusun dengan baik.
48. Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat.

B15) Bilik Server/Terperingkat

49. Memastikan bilik server/ terperingkat memenuhi kriteria berikut:
      i.   Bersih
      ii.  Tidak berdebu
      iii. Tersusun
      iv.  Kemas
      v.   Selamat



KOMPONEN C : TEMPAT UMUM

C1) Lobi Utama/ Ruang Hadapan

1. Memastikan persekitaran lobi utama/ruang hadapan sentiasa bersih       kemas, ceria selaras dengan imej korporat.
2. Mempamerkan maklumat korporat berkaitan agensi yang terkini           seperti contoh-contoh berikut:
    i.   Visi;
    ii.  Misi;
    iii. Maklumat Pengurusan Atasan;
    iv. Moto dan
    iv. Piagam Pelanggan
3. Menyediakan perkara-perkara berikut di lobi utama:
    i.   Buku kedatangan pelawat
    ii.  Direktori pegawai
    iii. Sudut informasi untuk pelanggan
    iv. Perhiasan yang bersesuaian dengan imej korporat

C2) Kaunter Utama

4 Memastikan kaunter utama berimej korporat dan memenuhi kriteria      berikut:
   i.   Sistem maklum balas pelanggan
   ii.  Direktori warga agensi
   iii. Borang-borang / brosur berkaitan
   iv. Bahan bacaan/ informasi
   v.  Info mengenai agensi/ piagam pelanggan
   vi. Maklumat kadar bayaran (sekiranya ada)
5. Memastikan kaunter sentiasa bersih, kemas dan ceria.
6. Memastikan usaha-usaha delighting the customer seperti                         persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan dilaksa0kan.
7. Menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
8. Menyedia dan memaparkan carta aliran perkhidmatan yang                   dikemaskini.

C3) Ruang Menunggu

9.   Menyedia dan memastikan sofa/ tempat duduk dan bahan bacaan           dalam keadaan baik, bersih, teratur dan ceria selaras dengan imej           korporat.
10. Memastikan semua peralatan dan hiasan dalam keadaan bersih,             kemas dan teratur.
11. Menyediakan tong sampah yang bersesuaian dan mencukupi.

C4) Laluan Utama/Koridor

12. Memastikan susu0n peralatan atau hiasan sepanjang laluan kemas,         bersih dan teratur.
13. Memastikan tiada halangan di semua laluan dan pintu kecemasan.

C5) Bilik Mesyuarat

14. Memastikan semua peralatan seperti kerusi, meja, mikrofon, skrin         komputer, projektor berada dalam keadaan baik.
15. Memastikan persekitaran bilik mesyuarat bersih, kemas dan                   selamat.

C6) Perpustakaan/Pusat Sumber

16. Memastikan ruang perpustakaan/Pusat Sumber bersih, kemas dan          teratur.
17. Menyediakan sistem susunan/capaian/label bahan bacaan yang                 memudahkan pelanggan.
18. Menyediakan sistem rekod kawalan untuk memudahkan                         pemantauan bahan bacaan.

C7) Surau/Bilik Solat

19. Memastikan barang-barang/ peralatan berikut dalam keadaan baik,         boleh digunakan dan dalam keadaan bersih:
      i.   Telekung/Kain Pelekat;
      ii.  Sejadah; dan
      iii. Tempat sangkut sejadah/telekung
20. Menyediakan kemudahan berikut:
      i.   Tanda arah kiblat
      ii.  Rak menyimpan Al-Quran dan bahan bacaan
      iii. Tempat letak/ rak kasut
      iv.  Selipar
21. Memastikan Al-Quran/ bahan bacaan sentiasa kemas dan dalam             keadaan baik.
22. Memastikan surau/bilik solat sentiasa bersih, teratur, kemas dan             selesa.
23. Memastikan surau tidak berbau (bau yang menyenangkan)
24. Memastikan tempat wudhu' bersih.

C8) Lif

25. Memastikan lif berada dalam keadaan baik, bersih dan berfungsi.
26. Menyediakan maklumat pegawai untuk dihubungi sekiranya                   berlaku kecemasan.
27. Memaparkan nama bahagian/seksyen bagi setiap aras dengan jelas.
28. Memaparkan sijil Perakuan Keselamatan Mesin Angkat                          mengesahkan penyelenggaraan lif secara berkala

C9) Pantri / Tempat Minum

29. Memastikan peralatan berada dalam keadaan baik, tersusun dan             boleh digunakan.
30. Memastikan pantri bersih, tidak berdebu dan dalam keadaan                   terurus.

C10) Tandas

31. Memastikan persekitaran tandas bersih dan kering.
32. Memastikan bau tandas menyenangkan.
33. Memastikan peralatan tandas berfungsi dengan baik.
34. Memastikan pengudaraan tandas baik.
35. Memaparkan pemakluman seperti jadual tugas, etika dan peraturan       penggunaan tandas
36. Menyediakan peralatan tambahan seperti berikut:
      i.   Cecair pencuci tangan
      ii.  Tisu tangan
      iii. Bakul sampah/ Tong Sanitari
      iv. Cermin Muka
      v.  Bahan pewangi
37 Menyediakan tandas OKU dan berfungsi dengan baik.

KOMPONEN D : KESELAMATAN PERSEKITARAN

D1) Pelan Tindakan Kecemasan

1. Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan yang mengandungi:
    i.   Arahan Keselamatan.
    ii.  Latihan pengungsian bangunan (fire-drill).
    iii. Tanda Amaran.
    iv. Pelan laluan kecemasan dan tempat berkumpul.
    v.  Tanda arah laluan kecemasan.

2. Menyediakan lampu kecemasan yang mudah dilihat, berfungsi           dengan baik dan tiada halangan.

D2) Pendawaian/ Kabel

3. Memastikan pendawaian elektrik/ telefon/ kabel komputer/ mesin/ peralatan dalam keadaan kemas, teratur dan selamat.

4. Memastikan plag dilabel mengikut kesesuaian peralatan eletrik yang digunakan.

D3) Peralatan Pencegahan Kebakaran

5. Memastikan alat pemadam menepati kriteria berikut:
    i.  Penyelengaraan secara berkala
    ii. Mempunyai Tatacara Penggunaan
    iii.Berkeadaan bersih
    iv. Diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dicapai
6. Memastikan gelung hos pemadam api disediakan dan boleh digunakan.
7. Memastikan pili bomba tidak dihalang dan dalam keadaan baik

D4) Laluan/Tangga Kecemasan

8.   Memastikan pintu rintangan api sentiasa ditutup
9.   Memaparkan tanda arah KELUAR dengan jelas.
10. Memastikan tiada halangan di laluan/ tangga/pintu kecemasan.

D5) Kunci

11. Memastikan anak kunci dilabel/ditanda dan memenuhi tatacara         keselamatan.
12. Memastikan anak kunci disimpan di dalam ruang penyimpanan         yang selamat.
13. Memastikan senarai anak kunci disimpan dengan selamat oleh           pegawai bertanggungjawab.
14. Menyediakan buku log peminjaman kunci dan dikemaskini.





Laporan Audit Dalaman


Juru Audit Dalaman EKSA Bil.2/2017

Laporan ini telah disediakan oleh JK Audit EKSA JPWP

Kriteria Audit 
Antara Komponen bagi Kriteria Audit EKSA JPWP

Antara Komponen bagi Kriteria Audit EKSA JPWP

Amalan Terbaik EKSA JPWP

Amalan Terbaik
Amalan Terbaik


Antara Penemua dan Tindakan Penambahbaikan.









Rumusan Penemuan Audit dan Cadangan Penambahbaikan





Anugerah Program Pengiktirafan EKSA JPWP







Laporan Permakahan EKSA

Berikut adalah ringkasan jadual permakahan bagi Audit Siri 1/2017 dan Audit Siri 2/2017.






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan