Khamis, 15 Jun 2017

Lawatan Penanda Aras Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)

Alhamdulillah, selesai sudah Sesi Lawatan Penanda Aras di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Sesi lawatan tersebut telah disertai oleh 24 orang pegawai yang juga diketuai oleh Pengarah JPWP, Datin Rozita binti Talha.

Terima kasih diucapkan oleh Jawatankuasa Latihan kerana telah menyelaras sesi lawatan ini dengan jayanya.

Lawatan ini telah dilaksanakan pada 18 Mei 2017 (Khamis) yang bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Program tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai EKSA di IPPTAR, pertukaran sijil penghargaan, lawatan ke zon-zon EKSA IPPTAR (mengikut kumpulan) dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Terima kasih juga diucapkan kepada IPPTAR kerana sudi menerima rombongan lawatan dari kami Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan dengan layanan yang mesra dan penuh dengan ilmu yang boleh dimanfaatkan di pejabat kami.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti lawatan tersebut.

Taklimat Ringkas

Penerangan Ketua Zon di IPPTAR

Suduk EKSA

Lawatan ke Stor Peralatan Pejabat

Lawatan ke bilik fail

Tambah kapsyen

Tandatangan wakil pegawai yang datang melawat ke Zon Zuhal IPPTAR

Lawatan Ke Perpustakaan IPPTAR

Isnin, 8 Mei 2017

Anugerah EKSA JPWP 2017

Tahniah kepada penerima Anugerah  EKSA JPWP 2017 kerana telah berjaya merangkul Anugerah yang dipertandingkan dengan permakahan yang baik mengikut kriteria audit yang ditetapkan.

Pembentangan penemuan yang disampaikan oleh ketua audit EKSA JPWP

Penerangan Hasil Penemuan kepada Ahli Jawatankuasa EKSA & Ketua Zon

Ahad, 16 April 2017

Audit Dalaman EKSA Bil.1/2017

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti Audit Dalaman yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Audit JPWP pada 4 hingga 11 April 2017 lalu yang melibatkan 6 Zon dibawah naungan Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan termasuklah Pejabat Operasi Putrajaya dan juga Pejabat Operasi Labuan.

Berikut adalah beberapa gambar aktivit audit dalaman yang ingin dikongsikan bersama Warga JPWP. Semoga dengan perlaksanaan Audit Dalaman EKSA JPWP ini dapat memberi kesedaran melalu teguran yang akan dilaporkan melalui Laporan Jawatankusa Audit EKSA JPWP yang akan dibentangkan tidak lama lagi.








Selasa, 21 Mac 2017

Count Down (Audit Dalaman EKSA)

Untuk makluman Warga JPWP, Audit Dalaman EKSA akan tiba tidak lama lagi. Oleh itu, Jawatankuasa Promosi akan membuat Count Down bersempena Audit Dalaman EKSA tersebut bermula hari ini. Poster Count Down tersebut akan disebarkan kepada tuan/puan melalui email dan juga laman blog ini setiap hari sehingga hari terakhir sebelum ketibaan hari Audit Dalaman EKSA tersebut. Semoga dengan penyebaran poster ini dapat mempertingkatkan lagi semangat tuan/puan bagi menghasilkan tempat kerja yang Kondusif dan secara tidak langsung menuju kearah Pensijilan EKSA JPWP pada tahun ini.

Hari EKSA JPWP Siri 3/2017

Assalamua'laikum dan salam sejahtera, untuk makluman Warga JPWP, Hari EKSA akan berjalan seperti biasa pada hari Jumaat ini seperti maklumat di paparan poster dibawah. Bagi Zon-zon yang memerlukan tugas-tugas berat seperti sisih, susun, dan sapu bolehlah memakai pakaian T-Shirt berkolar dan seluar Slack untuk Lelaki dan Perempuan. Bagi Zon yang telah selesai aktiviti sisih, susun dan sapu, tuan/puan haruslah memakai pakaian pejabat.


Khamis, 16 Mac 2017

Perkara Yang Perlu Diingat Dan Diamalkan

6 Perkara yang perlu diambil perhatian untuk dikongsikan bersama Warga JPWP bagi memastikan objektif EKSA itu dapat dicapai dan secara tidak langsung kita dapat menikmati ruang kerja yang kondusif.






Audit Dalaman & Pengiktirafan EKSA JPWP 2017

Untuk makluman Warga JPWP, satu sesi Audit Dalaman akan dilaksanakan oleh Jawankuasa Audit EKSA JPWP seperti ketetapan dibawah.

Oleh itu, mohon setiap Ketua Zon & Ahli Zon bersiap sedia dengan spesifikasi permakahan yang ditetapkan seperti yang dimaklumkan didalam Taklimat EKSA setiap Zon.

Audit Dalaman & Pengiktirafan EKSA JPWP 2017



Hari EKSA JPWP Siri 2/2017


Dimaklumkan bahawa JPWP akan mengadakan Hari EKSA JPWP seperti ketetapan berikut bagu menuju ke arah Pensijilan EKSA 2017 oleh MAMPU yang dijangka pada bulan Mei 2017 ini.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjayakannya.

Hari EKSA JPWP Siri 2/2017


Rabu, 15 Mac 2017

Pelancaran EKSA JPWP



Alhamdulillah, dengan pelancaran Sesi Gotong-royong EKSA JPWP Siri 1/2017 ini, maka bermulalah perjalanan JPWP Ke Arah Pensijilan EKSA. Semoga dengan permulaan aktiviti gotong-royong ini dapat menaikkan semula semangat Warga JPWP bagi mencapai Objektif EKSA yang telah digariskan.

Aktiviti Gotong-Royong EKSA JPWP Siri 1/2017

Apa itu EKSA?



EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor AWAM adalah penjenamaan semula Pelaksanaan Amalan 5S kepada EKSA untuk memenuhi keperluan sektor awam.

Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti, secara sistematik dan praktikal.

EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai ditambah kepada imej korporat Jabatan secara keseluruhan.

Selaras dengan usaha pembudayaan dan pengekalan persekitaran berkualiti dan kondusif jabatan melaksanakan aktiviti seperti SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL dengan pelaksanaan aktiviti gotong royong secara berkala.