Selasa, 21 Mac 2017

Count Down (Audit Dalaman EKSA)

Untuk makluman Warga JPWP, Audit Dalaman EKSA akan tiba tidak lama lagi. Oleh itu, Jawatankuasa Promosi akan membuat Count Down bersempena Audit Dalaman EKSA tersebut bermula hari ini. Poster Count Down tersebut akan disebarkan kepada tuan/puan melalui email dan juga laman blog ini setiap hari sehingga hari terakhir sebelum ketibaan hari Audit Dalaman EKSA tersebut. Semoga dengan penyebaran poster ini dapat mempertingkatkan lagi semangat tuan/puan bagi menghasilkan tempat kerja yang Kondusif dan secara tidak langsung menuju kearah Pensijilan EKSA JPWP pada tahun ini.

Hari EKSA JPWP Siri 3/2017

Assalamua'laikum dan salam sejahtera, untuk makluman Warga JPWP, Hari EKSA akan berjalan seperti biasa pada hari Jumaat ini seperti maklumat di paparan poster dibawah. Bagi Zon-zon yang memerlukan tugas-tugas berat seperti sisih, susun, dan sapu bolehlah memakai pakaian T-Shirt berkolar dan seluar Slack untuk Lelaki dan Perempuan. Bagi Zon yang telah selesai aktiviti sisih, susun dan sapu, tuan/puan haruslah memakai pakaian pejabat.


Khamis, 16 Mac 2017

Perkara Yang Perlu Diingat Dan Diamalkan

6 Perkara yang perlu diambil perhatian untuk dikongsikan bersama Warga JPWP bagi memastikan objektif EKSA itu dapat dicapai dan secara tidak langsung kita dapat menikmati ruang kerja yang kondusif.






Audit Dalaman & Pengiktirafan EKSA JPWP 2017

Untuk makluman Warga JPWP, satu sesi Audit Dalaman akan dilaksanakan oleh Jawankuasa Audit EKSA JPWP seperti ketetapan dibawah.

Oleh itu, mohon setiap Ketua Zon & Ahli Zon bersiap sedia dengan spesifikasi permakahan yang ditetapkan seperti yang dimaklumkan didalam Taklimat EKSA setiap Zon.

Audit Dalaman & Pengiktirafan EKSA JPWP 2017



Hari EKSA JPWP Siri 2/2017


Dimaklumkan bahawa JPWP akan mengadakan Hari EKSA JPWP seperti ketetapan berikut bagu menuju ke arah Pensijilan EKSA 2017 oleh MAMPU yang dijangka pada bulan Mei 2017 ini.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjayakannya.

Hari EKSA JPWP Siri 2/2017


Rabu, 15 Mac 2017

Pelancaran EKSA JPWP



Alhamdulillah, dengan pelancaran Sesi Gotong-royong EKSA JPWP Siri 1/2017 ini, maka bermulalah perjalanan JPWP Ke Arah Pensijilan EKSA. Semoga dengan permulaan aktiviti gotong-royong ini dapat menaikkan semula semangat Warga JPWP bagi mencapai Objektif EKSA yang telah digariskan.

Aktiviti Gotong-Royong EKSA JPWP Siri 1/2017

Apa itu EKSA?



EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor AWAM adalah penjenamaan semula Pelaksanaan Amalan 5S kepada EKSA untuk memenuhi keperluan sektor awam.

Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti, secara sistematik dan praktikal.

EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai ditambah kepada imej korporat Jabatan secara keseluruhan.

Selaras dengan usaha pembudayaan dan pengekalan persekitaran berkualiti dan kondusif jabatan melaksanakan aktiviti seperti SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL dengan pelaksanaan aktiviti gotong royong secara berkala.