Khamis, 15 Jun 2017

Lawatan Penanda Aras Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)

Alhamdulillah, selesai sudah Sesi Lawatan Penanda Aras di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Sesi lawatan tersebut telah disertai oleh 24 orang pegawai yang juga diketuai oleh Pengarah JPWP, Datin Rozita binti Talha.

Terima kasih diucapkan oleh Jawatankuasa Latihan kerana telah menyelaras sesi lawatan ini dengan jayanya.

Lawatan ini telah dilaksanakan pada 18 Mei 2017 (Khamis) yang bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Program tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai EKSA di IPPTAR, pertukaran sijil penghargaan, lawatan ke zon-zon EKSA IPPTAR (mengikut kumpulan) dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Terima kasih juga diucapkan kepada IPPTAR kerana sudi menerima rombongan lawatan dari kami Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan dengan layanan yang mesra dan penuh dengan ilmu yang boleh dimanfaatkan di pejabat kami.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti lawatan tersebut.

Taklimat Ringkas

Penerangan Ketua Zon di IPPTAR

Suduk EKSA

Lawatan ke Stor Peralatan Pejabat

Lawatan ke bilik fail

Tambah kapsyen

Tandatangan wakil pegawai yang datang melawat ke Zon Zuhal IPPTAR

Lawatan Ke Perpustakaan IPPTAR